Skip to main content

PRA TAHFIZ SURAU AL AMIN

APAKAH SYARAT UTAMA PENDAFTARAN?

Pendaftaran bagi kemasukan pelajar Pengajian Pra Tahfiz Surau Al Amin telah dibuka. Berikut antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran pelajar :

  1. Terbuka kepada pelajar berumur antara 4 hingga 15 tahun (Lelaki & Perempuan). Bagi yang berumur kurang dari 4 tahun atau lebih dari 15 tahun, dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran Pra Tahfiz Surau Al Amin dahulu.
  2. Berminat untuk mendalami ilmu-ilmu Al-Quran dan ingin memperbaiki mutu bacaan dan penguasaan ilmu Al-Quran.
  3. Boleh mengikuti sesi pengajian dengan baik.

APAKAH MATLAMAT PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

  1. Membuka ruang dan peluang kepada kanak-kanak di sekitar ahli kariah untuk mempelajari ilmu Al-Quran seterusnya membina minat dikalangan mereka untuk menjadi Penghafaz Al-Quran.
  2. Menjadi sebagai pencetus dan perintis kepada melahirkan lebih ramai generasi cintakan Al-Quran.
  3. Menyuburkan jiwa-jiwa kanak-kanak dengan suluhan ilmu wahyu agar menjadi pedoman sepanjang kehidupan.

APAKAH OBJEKTIF PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

Di akhir sesi Program Pra Tahfiz Surau Al Amin ini, para pelajar akan dapat :

  1. Membaca Al-Quran dengan kaedah sebutan bacaan yang betul mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
  2. Membaca Al-Quran mengikut Tajwid yang betul dan tepat.
  3. Menghafaz surah-surah pilihan dengan sempurna.
  4. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkenaan ilmu-ilmu Fardhu Ain, Adab & Akhlak, Fiqh (Ibadah) & Sirah Nabawiyyah.

BERAPA LAMA JANGKA MASA WAKTU PENGAJIAN & DI MANA TEMPAT PENGAJIAN?

Kelas pengajian Pra Tahfiz Surau Al Amin berlangsung setiap :

Hari : Isnin & Selasa ATAU Rabu & Khamis
Masa : 8.00 malam hingga 9.00 malam
Tempat : Surau Al Amin, Jalan Sari Ilmia 2, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

APAKAH SILIBUS PEMBELAJARAN SEPANJANG PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

Sepanjang sesi pembelajaran pelajar di Pra Tahfiz Surau Al Amin, para pelajar akan dibimbing berkaitan silibus Al-Quran (90%) dan juga silibus Diniah (10%).

Berikut antara silibus utama pembelajaran di Pra Tahfiz Surau Al Amin :

– Iqra’ (Asas Al-Quran) – (khusus kepada pelajar yang masih peringkat Iqra’)

– Tilawah (Tahsin, tarteel, tadwir , hadar ) – (khusus kepada pelajar yang telah menguasai bacaan Al-Quran)

– Hafazan surah lazim (khusus kepada pelajar yang telah menguasai bacaan Al-Quran)

– Diniah (Adab & Akhlak)

SIAPAKAH MUDIR UNTUK PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

SIAPAKAH USTAZ & USTAZAH UNTUK PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

APAKAH PERALATAN/ALAT PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR PRA TAHFIZ?

Pihak Pra Tahfiz Surau Al Amin tidak menyediakan peralatan pembelajaran untuk pelajar. Ibubapa perlu menyediakan peralatan tersebut untuk pelajar :

  • Alatulis (pen, pensil, pemadam dan lain-lain yang berkaitan)
  • Buku Tulis (buku kosong untuk catatan)
  • Al-Quran (bagi pelajar tahap Al-Quran & Hafazan)
  • Iqra’ (bagi pelajar tahap Iqra’)

BERAPA YURAN PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

Berikut adalah amaun yuran yang akan dikenakan kepada pelajar :

YURAN BULANAN : RM100/ pelajar (yuran hendaklah dijelaskan antara 21hb hingga 28hb setiap bulan pengajian)

YURAN PENDAFTARAN : PERCUMA!

BERMINAT UNTUK DAFTARKAN ANAK KE PRA TAHFIZ SURAU AL AMIN?

Sila isi borang online di bawah dengan maklumat yang diperlukan :