Pendaftaran bagi kemasukan pelajar Pengajian Pra Tahfiz Masjid Al Hasanah masih dibuka. Berikut antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran pelajar :

  1. Terbuka kepada pelajar berumur antara 6 hingga 17 tahun (Lelaki & Perempuan). Bagi yang berumur kurang dari 6 tahun atau lebih dari 17 tahun, dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran Pra Tahfiz Di Masjid Al Hasanah.
  2. Berminat untuk mendalami ilmu-ilmu Al-Quran dan juga bercita-cita untuk menjadi seorang hafiz/hafizah Al-Quran.
  3. Boleh membaca dan menulis.
  1. Membuka ruang dan peluang kepada anak-anak muda di sekitar ahli kariah untuk mempelajari ilmu Al-Quran seterusnya membina minat dikalangan mereka untuk menjadi Penghafaz Al-Quran.
  2. Menjadi sebagai pencetus dan perintis kepada melahirkan lebih ramai generasi cintakan Al-Quran.
  3. Menyuburkan jiwa-jiwa anak-anak muda dengan suluhan ilmu wahyu agar menjadi pedoman sepanjang kehidupan.

Di akhir sesi Program Pra Tahfiz Di Masjid Al Hasanah ini, para pelajar akan dapat :

  1. Membaca Al-Quran dengan kaedah sebutan bacaan yang betul mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
  2. Membaca Al-Quran mengikut Tajwid yang betul dan tepat.
  3. Menghafaz surah-surah pilihan dengan sempurna.
  4. Menghafaz doa-doa harian dan selawat pilihan.
  5. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkenaan ilmu-ilmu Fardhu Ain, Adab & Akhlak, Fiqh (Ibadah) & Sirah Nabawiyyah.
  6. Meningkatkan kemahiran komunikasi melalui penguasaan Bahasa Arab dan Penulisan Jawi

Kelas pengajian Pra Tahfiz Di Masjid Al Hasanah berlangsung setiap :
Hari : Selasa & Rabu | Masa : 8.00 malam hingga 10.00 malam | Tempat : Dewan Seminar Masjid Al Hasanah/Kelas KAFA Masjid Al Hasanah

atau

Hari : Jumaat & Sabtu | Masa : 8.00 malam hingga 10.00 malam | Tempat : Dewan Seminar Masjid Al Hasanah/Kelas KAFA Masjid Al Hasanah

Sepanjang sesi pembelajaran pelajar di Pra Tahfiz Di Masjid Al Hasanah, para pelajar akan dibimbing berkaitan silibus Al-Quran (80%) dan juga silibus Diniah (20%).

Berikut antara silibus utama pembelajaran di Pra Tahfiz Masjid Al Hasanah :

  1. Iqra’ (Asas Al-Quran)
  2. Tilawah (Tahsin)
  3. Hafazan Juz Amma (37 Surah)
  4. Hafazan Surah-Surah Pilihan (Surah Al-Kahfi Ayat 1-10 & 101-110, Surah Al-Mulk, Surah As-Sajadah, Surah Yassin, Surah Al-Waqiah, Surah Luqman, Surah Al-Qolam)
  5. Fiqh (Rukun Solat (Praktikal), Rukun Wudhu’ (Praktikal), Puasa (Ilmiah), Zakat (Ilmiah), Zikir & Doa Selepas Solat Fardhu (Praktikal), Solat Jamak & Qasar (Praktikal), Solat-Solat Sunat Tahajjud, Hajat & Taubat (Praktikal))
  6. Adab & Akhlak
  7. Sirah Nabawiyyah
  8. Hafazan Doa-Doa Harian dan Selawat Pilihan
  9. Penulisan Jawi
  10. Bahasa Arab Asas (Komunikasi, Fi’il Madhi, Fi’il Mudhori’, Fi’il Amar, Fi’il Nahi, Fi’il Nafi)
  11. Tajwid (Makhraj & Sifat, Nun Sakinah & Tanwin, Idgham, Qolqolah, Mim Sakinah, Ro’, Lam, Mad Asli, Mad Far’i dan pecahannya)

SIAPAKAH GURU YANG MENGAJAR?

UNIFORM PELAJAR?

LELAKI :

  • Jubah (Putih)
  • Kopiah (Putih)
  • Serban (Putih)

PEREMPUAN :

  • Jubah (Hitam)
  • Tudung (Hitam)
  • Alatulis (pen, pensil, pemadam dan lain-lain yang berkaitan)
  • Buku Tulis (buku kosong untuk catatan)
  • Al-Quran (bagi pelajar tahap Al-Quran & Hafazan)
  • Iqra’ (bagi pelajar tahap Iqra’)
  • Buku Hadith 40 (seperti gambar di bawah) :

Berikut adalah amaun yuran yang akan dikenakan kepada pelajar :