Ke Arah Melahirkan Generasi Qurani

PRA TAHFIZ DI MASJID AL HASANAH

Pengajian Pra Tahfiz Di Masjid Al Al Hasanah khusus bagi pelajar yang berumur antara 6 tahun hingga 17 tahun

Mengenai Pra Tahfiz Masjid Al Hasanah

Visi & Misi Pra Tahfiz Di Masjid Al Hasanah

Visi utama penubuhan Pra Tahfiz Di Masjid Al Hasanah ini adalah bagi menjadi wadah/platform ke arah melahirkan lebih ramai huffaz Al-Quran yang BERADAB & BERILMU.

Bagi mencapai VISI yang telah ditetapkan, berikut antara MISI yang akan dilaksanakan :

  1. Melaksanakan kelas Pengajian Pra Tahfiz mengikut masa yang ditetapkan
  2. Melaksanakan pelbagai bengkel/kelas berkaitan Al-Quran secara berkala
  3. Memantau prestasi setiap pelajar secara berkala
  4. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa

Silibus Pembelajaran Pra Tahfiz Masjid Al Hasanah

Antara SILIBUS UTAMA pembelajaran di Pra Tahfiz Di Masjid Al Hasanah iaitu :

  1. Iqra’ (Asas Al-Quran)
  2. Tilawah (Tahsin)
  3. Hafazan Juz Amma (37 Surah)
  4. Hafazan Surah-Surah Pilihan (Surah Al-Kahfi Ayat 1-10 & 101-110, Surah Al-Mulk, Surah As-Sajadah, Surah Yassin, Surah Al-Waqiah, Surah Luqman, Surah Al-Qolam)
  5. Fiqh (Rukun Solat (Praktikal), Rukun Wudhu’ (Praktikal), Puasa (Ilmiah), Zakat (Ilmiah), Zikir & Doa Selepas Solat Fardhu (Praktikal), Solat Jamak & Qasar (Praktikal), Solat-Solat Sunat Tahajjud, Hajat & Taubat (Praktikal))
  6. Adab & Akhlak
  7. Sirah Nabawiyyah
  8. Hafazan Doa-Doa Harian dan Selawat Pilihan
  9. Penulisan Jawi
  10. Bahasa Arab Asas (Komunikasi, Fi’il Madhi, Fi’il Mudhori’, Fi’il Amar, Fi’il Nahi, Fi’il Nafi)
  11. Tajwid (Makhraj & Sifat, Nun Sakinah & Tanwin, Idgham, Qolqolah, Mim Sakinah, Ro’, Lam, Mad Asli, Mad Far’i dan pecahannya)