Skip to main content
APAKAH SYARAT UTAMA PENDAFTARAN?
Pendaftaran bagi kemasukan pelajar Pengajian Pra Tahfiz Prima Kajang Utama masih dibuka. Berikut antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran pelajar :
- Terbuka kepada pelajar berumur antara 4 hingga 10 tahun (Lelaki & Perempuan). Bagi yang berumur kurang dari 4 tahun atau lebih dari 10 tahun, dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran Pra Tahfiz Prima Kajang Utama dahulu.
- Berminat untuk mendalami ilmu-ilmu Al-Quran dan ingin memperbaiki mutu bacaan dan penguasaan ilmu Al-Quran.
- Boleh mengikuti sesi pengajian dengan baik.
APAKAH MATLAMAT PENGAJIAN PRA TAHFIZ?
- Membuka ruang dan peluang kepada kanak-kanak di sekitar ahli kariah untuk mempelajari ilmu Al-Quran seterusnya membina minat dikalangan mereka untuk menjadi Penghafaz Al-Quran.
- Menjadi sebagai pencetus dan perintis kepada melahirkan lebih ramai generasi cintakan Al-Quran.
- Menyuburkan jiwa-jiwa kanak-kanak dengan suluhan ilmu wahyu agar menjadi pedoman sepanjang kehidupan.
APAKAH OBJEKTIF PENGAJIAN PRA TAHFIZ?
Di akhir sesi Program Pra Tahfiz Prima Kajang Utama ini, para pelajar akan dapat :
- Membaca Al-Quran dengan kaedah sebutan bacaan yang betul mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
- Membaca Al-Quran mengikut Tajwid yang betul dan tepat.
- Menghafaz surah-surah pilihan dengan sempurna.
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkenaan ilmu-ilmu Fardhu Ain, Adab & Akhlak, Fiqh (Ibadah) & Sirah Nabawiyyah.
BERAPA LAMA JANGKA MASA WAKTU PENGAJIAN & DI MANA TEMPAT PENGAJIAN?
Kelas pengajian Pra Tahfiz Prima Kajang Utama berlangsung setiap :
Hari : Rabu & Khamis
Masa : 7.45 malam hingga 8.45 malam
Tempat : Surau Residensi Prima Kajang Utama, Jalan Seksyen 2/1, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor
APAKAH SILIBUS PEMBELAJARAN SEPANJANG PENGAJIAN PRA TAHFIZ?
Sepanjang sesi pembelajaran pelajar di Pra Tahfiz Prima Kajang Utama, para pelajar akan dibimbing berkaitan silibus Al-Quran (90%) dan juga silibus Diniah (10%).
Berikut antara silibus utama pembelajaran di Pra Tahfiz Prima Kajang Utama :
– Iqra’ (Asas Al-Quran) – (khusus kepada pelajar yang masih peringkat Iqra’)
– Tilawah (Tahsin, tarteel, tadwir , hadar ) – (khusus kepada pelajar yang telah menguasai bacaan Al-Quran)
– Hafazan surah lazim (khusus kepada pelajar yang telah menguasai bacaan Al-Quran)
– Diniah (Adab & Akhlak)
SIAPAKAH MUDIR UNTUK PENGAJIAN PRA TAHFIZ?
SIAPAKAH USTAZ & USTAZAH UNTUK PENGAJIAN PRA TAHFIZ?
APAKAH PERALATAN/ALAT PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR PRA TAHFIZ?
Pihak Pra Tahfiz Prima Kajang Utama tidak menyediakan peralatan pembelajaran untuk pelajar. Ibubapa perlu menyediakan peralatan tersebut untuk pelajar :
- Alatulis (pen, pensil, pemadam dan lain-lain yang berkaitan)
- Buku Tulis (buku kosong untuk catatan)
- Al-Quran (bagi pelajar tahap Al-Quran & Hafazan)
- Iqra’ (bagi pelajar tahap Iqra’)
BERAPA YURAN PENGAJIAN PRA TAHFIZ?
Berikut adalah amaun yuran yang akan dikenakan kepada pelajar :
YURAN BULANAN : RM80/ pelajar (yuran hendaklah dijelaskan antara 21hb hingga 28hb setiap bulan pengajian)
YURAN PENDAFTARAN : PERCUMA!
BERMINAT UNTUK DAFTARKAN ANAK KE PRA TAHFIZ PRIMA KAJANG UTAMA?
Sila isi borang online di bawah dengan maklumat yang diperlukan :