Skip to main content

PRA TAHFIZ PUNCAK ALAM

APAKAH SYARAT UTAMA PENDAFTARAN?

Pendaftaran bagi kemasukan pelajar Pengajian Pra Tahfiz Puncak Alam masih dibuka. Berikut antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran pelajar :

  1. Terbuka kepada pelajar lelaki & perempuan berumur antara 6 tahun dan KE ATAS (Kanak-Kanak, Remaja & Dewasa).

  2. Berminat untuk mendalami ilmu-ilmu Al-Quran dan juga bercita-cita untuk menjadi seorang hafiz/hafizah Al-Quran.

  3. Boleh membaca dan menulis.

APAKAH MATLAMAT PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

  1. Membuka ruang dan peluang kepada GOLONGAN KANAK-KANAK, REMAJA & DEWASA di sekitar ahli kariah BANDAR PUNCAK ALAM untuk mempelajari ilmu Al-Quran seterusnya membina minat dikalangan mereka untuk menjadi Penghafaz Al-Quran.

  2. Menjadi sebagai pencetus dan perintis kepada melahirkan lebih ramai generasi cintakan Al-Quran.

  3. Menyuburkan jiwa-jiwa GOLONGAN KANAK-KANAK, REMAJA & DEWASA dengan suluhan ilmu wahyu agar menjadi pedoman sepanjang kehidupan.

APAKAH OBJEKTIF PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

Di akhir sesi Program Pra Tahfiz Puncak Alam ini, para pelajar akan dapat :

  1. Membaca Al-Quran dengan kaedah sebutan bacaan yang betul mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

  2. Membaca Al-Quran mengikut Tajwid yang betul dan tepat.

  3. Menghafaz surah-surah pilihan dengan sempurna.

  4. Menghafaz doa-doa harian dan selawat pilihan.

  5. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkenaan ilmu-ilmu Fardhu AinAdab & Akhlak, Fiqh (Ibadah) & Sirah Nabawiyyah.

  6. Meningkatkan kemahiran komunikasi melalui penguasaan Bahasa Arab dan Penulisan Jawi

BERAPA LAMA JANGKA MASA WAKTU PENGAJIAN & DI MANA TEMPAT PENGAJIAN?

Kelas pengajian Pra Tahfiz Puncak Alam berlangsung setiap :

Hari : Isnin hingga Khamis
Masa : 8.00 malam hingga 9.30 malam

Tempat : Pra Tahfiz Puncak Alam, 17-2, Jalan Puncak Alam Jaya 10
42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

APAKAH SILIBUS PEMBELAJARAN SEPANJANG PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

Sepanjang sesi pembelajaran pelajar di Pra Tahfiz Puncak Alam, para pelajar akan dibimbing berkaitan silibus Al-Quran (80%) dan juga silibus Diniah (20%).

Berikut antara silibus utama pembelajaran di Pra Tahfiz Puncak Alam :

– Iqra’ (Asas Al-Quran)

– Tilawah (Tahsin, tarteel, tadwir , hadar )

– Hafazan surah lazim

– Hafazan Surah-Surah Pilihan (Surah Al-Kahfi Ayat 1-10 & 101-110

– Surah Al-Mulk, Surah As-Sajadah, Surah Yassin, Surah Al-Waqiah, )

– Fiqh : toharoh dan najis (ilmi dan amali), solat ( ilmi dan amali ), puasa,

– Adab & Akhlak

– Sirah Nabawiyyah

– Hafazan Doa-Doa Harian dan Selawat Pilihan

– Tajwid (Makhraj & Sifat, Nun Sakinah & Tanwin, Idgham, – Qolqolah, Mim Sakinah, Ro’, Lam, Mad Asli, Mad Far’i dan pecahannya)

SIAPAKAH MUDIR UNTUK PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

APAKAH UNIFORM/PAKAIAN UNTUK PELAJAR PRA TAHFIZ?

Pihak Pra Tahfiz Puncak Alam tidak menyediakan uniform untuk pelajar. Berikut adalah uniform yang perlu disediakan oleh ibubapa kepada pelajar :

LELAKI :

  •  Jubah (Putih)

  • Kopiah (Putih)

  • Serban (Putih)

atau

  • Qurta/ Baju Melayu

PEREMPUAN :

  • Jubah (Hitam)

  • Tudung (Hitam)

atau

  • Baju Kurung

APAKAH PERALATAN/ALAT PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR PRA TAHFIZ?

  • Alatulis (pen, pensil, pemadam dan lain-lain yang berkaitan)

  • Buku Tulis (buku kosong untuk catatan)

  • Al-Quran (bagi pelajar tahap Al-Quran & Hafazan)

  • Iqra’ (bagi pelajar tahap Iqra’)

BERAPA YURAN PENGAJIAN PRA TAHFIZ PUNCAK ALAM?

Berikut adalah amaun yuran yang akan dikenakan kepada pelajar :

No. Akaun : 5624 6935 0287
Bank : Maybank
Pemilik Akaun : Akademi Anwariy

BERMINAT UNTUK DAFTARKAN ANAK KE PRA TAHFIZ PUNCAK ALAM?

Sila isi borang online di bawah dengan maklumat yang diperlukan :

GALERI PELAJAR PRA TAHFIZ