Skip to main content

PRA TAHFIZ MASJID KG BATU 4

APAKAH SYARAT UTAMA PENDAFTARAN?

Pendaftaran bagi kemasukan pelajar Pengajian Pra Tahfiz Masjid Kg Batu 4 masih dibuka. Berikut antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran pelajar :

  1. Terbuka kepada pelajar berumur antara 6 hingga 15 tahun (Lelaki & Perempuan). Bagi yang berumur kurang dari 6 tahun atau lebih dari 15 tahun, dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran Pra Tahfiz Masjid Kg Batu 4.

  2. Berminat untuk mendalami ilmu-ilmu Al-Quran dan juga bercita-cita untuk menjadi seorang hafiz/hafizah Al-Quran.

  3. Boleh membaca dan menulis.

APAKAH MATLAMAT PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

  1. Membuka ruang dan peluang kepada anak-anak muda di sekitar ahli kariah untuk mempelajari ilmu Al-Quran seterusnya membina minat dikalangan mereka untuk menjadi Penghafaz Al-Quran.

  2. Menjadi sebagai pencetus dan perintis kepada melahirkan lebih ramai generasi cintakan Al-Quran.

  3. Menyuburkan jiwa-jiwa anak-anak muda dengan suluhan ilmu wahyu agar menjadi pedoman sepanjang kehidupan.

APAKAH OBJEKTIF PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

Di akhir sesi Program Pra Tahfiz Masjid Kg Batu 4 ini, para pelajar akan dapat :

  1. Membaca Al-Quran dengan kaedah sebutan bacaan yang betul mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

  2. Membaca Al-Quran mengikut Tajwid yang betul dan tepat.

  3. Menghafaz surah-surah pilihan dengan sempurna.

  4. Menghafaz doa-doa harian dan selawat pilihan.

  5. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkenaan ilmu-ilmu Fardhu AinAdab & Akhlak, Fiqh (Ibadah) & Sirah Nabawiyyah.

  6. Meningkatkan kemahiran komunikasi melalui penguasaan Bahasa Arab dan Penulisan Jawi

BERAPA LAMA JANGKA MASA WAKTU PENGAJIAN & DI MANA TEMPAT PENGAJIAN?

Kelas pengajian Pra Tahfiz Masjid Kg Batu 4 berlangsung setiap :

Hari : Isnin hingga Khamis
Masa : 8.00 malam hingga 9.30 malam

Tempat : Pra Tahfiz Masjid Kg Batu 4, Lot 3911, Kampung Batu 4 1/2, Jalan Kapar, Klang

APAKAH SILIBUS PEMBELAJARAN SEPANJANG PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

Sepanjang sesi pembelajaran pelajar di Pra Tahfiz Masjid Kg Batu 4, para pelajar akan dibimbing berkaitan silibus Al-Quran (80%) dan juga silibus Diniah (20%).

Berikut antara silibus utama pembelajaran di Pra Tahfiz Masjid Kg Batu 4 :

– Iqra’ (Asas Al-Quran)

– Tilawah (Tahsin, tarteel, tadwir , hadar )

– Hafazan surah lazim

– Hafazan Surah-Surah Pilihan (Surah Al-Kahfi Ayat 1-10 & 101-110)

– Surah Al-Mulk, Surah As-Sajadah, Surah Yassin, Surah Al-Waqiah, )

– Fiqh : toharoh dan najis (ilmi dan amali), solat ( ilmi dan amali ), puasa,

– Adab & Akhlak

– Sirah Nabawiyyah

– Hafazan Doa-Doa Harian dan Selawat Pilihan

– Tajwid (Makhraj & Sifat, Nun Sakinah & Tanwin, Idgham, – Qolqolah, Mim Sakinah, Ro’, Lam, Mad Asli, Mad Far’i dan pecahannya)

SIAPAKAH MUDIR UNTUK PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

APAKAH UNIFORM/PAKAIAN UNTUK PELAJAR PRA TAHFIZ?

Pihak Pra Tahfiz Masjid Kg Batu 4 tidak menyediakan uniform untuk pelajar. Berikut adalah uniform yang perlu disediakan oleh ibubapa kepada pelajar :

LELAKI :

  •  Jubah (Putih)

  • Kopiah (Putih)

  • Serban (Putih)

atau

  • Qurta/ Baju Melayu

PEREMPUAN :

  • Jubah (Hitam)

  • Tudung (Hitam)

atau

  • Baju Kurung

APAKAH PERALATAN/ALAT PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR PRA TAHFIZ?

  • Alatulis (pen, pensil, pemadam dan lain-lain yang berkaitan)

  • Buku Tulis (buku kosong untuk catatan)

  • Al-Quran (bagi pelajar tahap Al-Quran & Hafazan)

  • Iqra’ (bagi pelajar tahap Iqra’)

BERAPA YURAN PENGAJIAN PRA TAHFIZ MASJID KG BATU 4?

Berikut adalah amaun yuran yang akan dikenakan kepada pelajar :

BERMINAT UNTUK DAFTARKAN ANAK KE PRA TAHFIZ MASJID KG BATU 4?

Sila isi borang online di bawah dengan maklumat yang diperlukan :