Skip to main content

PENDAFTARAN PRA TAHFIZ MASJID AL HASANAH DIBUKA SEKARANG!

Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan anak-anak anda untuk menyertai Pengajian Pra Tahfiz di Masjid Al Hasanah ini!

Anak-anak adalah ASET yang terlalu BERNILAI. Mereka perlu dibentuk semenjak kecil lagi...

Selain tanggungjawab sebagai ibubapa untuk menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makan minum anak-anak, ibubapa juga bertanggungjawab untuk memberikan MAKANAN ROHANI kepada anak-anak!

Apa KELEBIHAN sekiranya anak anda menyertai PENGAJIAN PRA TAHHFIZ di MASJID AL HASANAH ini??

Antara KELEBIHAN yang akan diperolehi oleh anak-anak anda sekiranya menyertai PENGAJIAN PRA TAHFIZ di Masjid Al Hasanah ini ialah ;

TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dalam mendidik anak-anak untuk menguasai pengajian Al-Quran seterusnya menghafaz Al-Quran mengikut kaedah yang terbukti berkesan!

SILIBUS PEMBELAJARAN

Silibus pembelajaran yang telah terbukti BERKESAN melahirkan ramai para penghafaz Al-Quran. Silibus ini telah dihasilkan oleh tenaga pengajar utama Pusat Pengajian MyQuran yang berkelulusan dalam bidang Hafazan Al-Quran (lulusan Darul Quran JAKIM) dan merupakan seorang pensyarah sambilan di sebuah Kolej Tahfiz di Melaka dalam ‘mensyahadah’ kan para pelajar.

PENDEDAHAN AWAL DUNIA TAHFIZ

Para pelajar yang mengikuti Pengajian Pra Tahfiz di Masjid Al Hasanah ini akan mendapat pendedahan awal dunia pembelajaran Tahfiz sebenar agar timbul MINAT dan DORONGAN untuk mereka melanjutkan ke peringkat lebih tinggi iaitu ke Pusat Pengajian Tahfiz.

Bila kelas Pengajian Pra Tahfiz di Masjid Al Hasanah ini bermula??

Kelas Pengajian Pra Tahfiz di Masjid Al Hasanah bermula pada bila-bila masa setelah ibubapa mendaftarkan anak-anak untuk menyertai pengajian Pra Tahfiz di Masjid Al-Hasanah

Kelas akan berlangsung pada setiap hari SELASA & RABU (pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam).

Berapa amaun YURAN PENDAFTARAN & YURAN BULANAN ??

Berikut adalah amaun YURAN PENDAFTARAN bagi 1 orang pelajar ;

(Nota : Yuran pendaftaran iaitu sebanyak RM300 sahaja (telah termasuk yuran bulan pertama pengajian, alatbantu mengajar dan belajar, ujian).

Yuran bulanan adalah sebanyak RM150/pelajar.

Bagaimana CARA untuk MENDAFTAR??

Untuk mendaftar, sila klik BUTANG DAFTAR di bawah dan berhubung dengan pihak pengurusan kami :