Skip to main content

PRA TAHFIZ PRIMA KAJANG UTAMA

APAKAH SYARAT UTAMA PENDAFTARAN?

Pendaftaran bagi kemasukan pelajar Pengajian Pra Tahfiz Prima Kajang Utama masih dibuka. Berikut antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran pelajar :

  1. Terbuka kepada pelajar berumur antara 4 hingga 10 tahun (Lelaki & Perempuan). Bagi yang berumur kurang dari 4 tahun atau lebih dari 10 tahun, dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran Pra Tahfiz Prima Kajang Utama dahulu.
  2. Berminat untuk mendalami ilmu-ilmu Al-Quran dan ingin memperbaiki mutu bacaan dan penguasaan ilmu Al-Quran.
  3. Boleh mengikuti sesi pengajian dengan baik.

APAKAH MATLAMAT PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

  1. Membuka ruang dan peluang kepada kanak-kanak di sekitar ahli kariah untuk mempelajari ilmu Al-Quran seterusnya membina minat dikalangan mereka untuk menjadi Penghafaz Al-Quran.
  2. Menjadi sebagai pencetus dan perintis kepada melahirkan lebih ramai generasi cintakan Al-Quran.
  3. Menyuburkan jiwa-jiwa kanak-kanak dengan suluhan ilmu wahyu agar menjadi pedoman sepanjang kehidupan.

APAKAH OBJEKTIF PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

Di akhir sesi Program Pra Tahfiz Prima Kajang Utama ini, para pelajar akan dapat :

  1. Membaca Al-Quran dengan kaedah sebutan bacaan yang betul mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
  2. Membaca Al-Quran mengikut Tajwid yang betul dan tepat.
  3. Menghafaz surah-surah pilihan dengan sempurna.
  4. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkenaan ilmu-ilmu Fardhu AinAdab & Akhlak, Fiqh (Ibadah) & Sirah Nabawiyyah.

BERAPA LAMA JANGKA MASA WAKTU PENGAJIAN & DI MANA TEMPAT PENGAJIAN?

Kelas pengajian Pra Tahfiz Prima Kajang Utama berlangsung setiap :

Hari : Rabu & Khamis
Masa : 7.45 malam hingga 8.45 malam
Tempat : Surau Residensi Prima Kajang Utama, Jalan Seksyen 2/1, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor

APAKAH SILIBUS PEMBELAJARAN SEPANJANG PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

Sepanjang sesi pembelajaran pelajar di Pra Tahfiz Prima Kajang Utama, para pelajar akan dibimbing berkaitan silibus Al-Quran (90%) dan juga silibus Diniah (10%).

Berikut antara silibus utama pembelajaran di Pra Tahfiz Prima Kajang Utama :

Iqra’ (Asas Al-Quran) – (khusus kepada pelajar yang masih peringkat Iqra’)

Tilawah (Tahsin, tarteel, tadwir , hadar ) – (khusus kepada pelajar yang telah menguasai bacaan Al-Quran)

Hafazan surah lazim (khusus kepada pelajar yang telah menguasai bacaan Al-Quran)

Diniah (Adab & Akhlak)

SIAPAKAH MUDIR UNTUK PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

SIAPAKAH USTAZ & USTAZAH UNTUK PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

APAKAH PERALATAN/ALAT PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR PRA TAHFIZ?

Pihak Pra Tahfiz Prima Kajang Utama tidak menyediakan peralatan pembelajaran untuk pelajar. Ibubapa perlu menyediakan peralatan tersebut untuk pelajar :

  • Alatulis (pen, pensil, pemadam dan lain-lain yang berkaitan)
  • Buku Tulis (buku kosong untuk catatan)
  • Al-Quran (bagi pelajar tahap Al-Quran & Hafazan)
  • Iqra’ (bagi pelajar tahap Iqra’)

BERAPA YURAN PENGAJIAN PRA TAHFIZ?

Berikut adalah amaun yuran yang akan dikenakan kepada pelajar :

YURAN BULANAN : RM80/ pelajar (yuran hendaklah dijelaskan antara 21hb hingga 28hb setiap bulan pengajian)

YURAN PENDAFTARAN : PERCUMA!

BERMINAT UNTUK DAFTARKAN ANAK KE PRA TAHFIZ PRIMA KAJANG UTAMA?

Sila isi borang online di bawah dengan maklumat yang diperlukan :